Tuesday, March 17, 2009

Laki Muda Kawin Wanita Tua

Setelah sekian lama perkara ini aku fikirkan dan kenangkan, akhirnya kini ku sudah ketahui mengapa hal ini berlaku.

Wanita sendiri ada jawapan kepada trend/gaya hidup
yang semakin popular ini di Malaysia kini.

Mengapa wanita lebih terpikat kepada lelaki yang lebih berumur?
Stabil kewangan dan mental.
Kahwin bukan kerana nafsu.
Matang permikiran.


Keadaan ini sama sahaja yang berlaku pada kaum lelaki sekarang. Kebanyakkan lelaki yang sudah stabil dari segi kewangan dan mental pada usia muda iaitu sekitar 23-30 tahun tergolong dalam gaya hidup sebegini.

Oleh kerana sudah mempunyai kerjaya dan hala tuju hidup, mereka memerlukan wanita yang berfikiran matang dan benar-benar bersedia untuk menjadi teman hidup mereka.
Sedangkan jika mereka memilih wanita yang sama umur, mereka berdepan dengan masalah wanita tersebut belum sedia dari segi mental dan fizikal.

Wanita pada umur 23 tahun kebanyakkanya baru sahaja tamat pengajian dan mereka sedang menuju cita-cita mereka untuk membina kerjaya. Sehinggalah umur mereka mencecah 30 tahun, barulah tempoh hala tuju hidup wanita menjadi kembali tenang seketika.

Benar?....Anda kenang kembali...