Saturday, January 31, 2009

ANDA BOSAN DENGAN ENJIN CARIAN ANDA?

Assalammuaikum sekalian pengunjung blog ini.
Di pagi hujung minggu yang menenangkan ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana kita dapat mereka bentuk enjin carian versi kita sendiri. Hanya beberapa langkah mudah 1,2 dan 3 anda sudah layak mempunyai enjin carian sendiri.

MASUK DISINI UNTUK MEMULAKAN REKABENTUK ANDA

ENJIN CARIAN ASAL

SETELAH DIUBAHSUSAI

ATAU



LANGKAH-LANGKAH
1)Manasukkan nama yang hendakkan bagi enjin carian anda.

2)Pilih bagaimana rupa teks anda ingin kelihatan

3)Anda juga dapat memberitahu kepada rakan-rakan anda mengenai enjin carian baru anda ini melalui email.


Maka akan terhasillah enjin carian anda seperti diatas.

Untuk menikmati lebih banyak rekabentuk dan merekabentuk latarbelakang enjin carian anda. Pilih ikon dibawah dan ikuti arahan mudah yang diberikan.


Hakikatnya enjin carian yang digunakan adalah G0OGLE juga, namun rekaan muka hadapan enjin carian tersebut telah diperkenankan oleh GO0GLE untuk diubah suai mengikut citarasa setiap pengguna.

OK, sekian sahaja daripada saya untuk pagi ahad hari ini. Jumpa lagi.Selamat Mencuba.

UNDIAN SMS



Sudah menjadi trend dan ikutan para penganjur rancangan realiti TV sekarang ini menggunakan SMS sebagai medium untuk peminat membuat undian. Tidak dinafikan cara ini memudahkan mereka menilai tahap populariti peserta yang menyertai pertandingan yang dianjurkan.

Tidakkah anda melihat undian SMS hanya memberi keuntungan yang amat banyak kepada pengusaha TELKO dan penganjur pertandingan?.

Bagaimana pula dengan kualiti bakat yang digilap melalui undian SMS tersebut?

Saya ingin mengambil satu daripada beberapa rancangan realiti yang popular di Malaysia kini iaitu NYANYIAN. Tidak terkecuali stesyen TV swasta mahupun kerajaan.

Seperti yang kita setiap pengundi memang berhak menghantar seberapa banyak SMS ataupun undian mereka untuk peserta kegemaran masing-masing. Semakin minat, semakin terpesona, semakin kacak, semakin merdu suaranya, maka semakin banyaklah individu tersebut menghantar undian.

Kekadang ada yang sanggup berhabisan puluhan ringgit semalaman untuk mengundi peserta kegemaran mereka untuk mengelakkan dari tersingkir pada minggu-minggu tertentu. Terpulanglah kepada tahap keberapa keFANATIKkan peminat tersebut.

Saya gambarkan situasi tersebut adalah sebegini:-

1)1 undian-MINAT
2)5 undian-MINAT SANGAT
3)10 undian-MINAT SESANGAR-SANGAT
4)15 undian dan keatas-FANATIK!!!


Apabila pertandingan tamat, peserta yang diundi akhirnya memenangi pertandingan seperti yang dikehendaki oleh pengundi. Namun apakah nasib beliau setelah memenangi pertandingan tersebut?

Beberapa bulan kemudian sebuah album sulong siam dirakamkan dan diedarkan oleh syarikat rakaman, iaitu sebahagian daripada hadiah pertandingan. Si polan yang mengundi tadi sudah tentulah akan membeli album yang telah dirakamkan oleh kerana mereka berminat dengan penyanyi berkenaan. Namun apakah si polan yang mengundi 5 undian, 10 undian dan lebih 15 undian akan membeli sebanyak 5,10 atau lebih album berkenaan?

Sudah tentu tidak bukan?.

Jika sebelum ini peserta berkenaan menang dengasn undian sebanyak 20,000 undian, tapi apabila penjualan album direkodkan, tidak sampai pun 10,000 jualan yang dihasilkan.

Jangan salahkan cetak rompak kerana jika seseorang peminat itu meminati seseorang penyanyi, mereka sudah pasti mendapatkan album yang original kerana mereka mendapat kepuasan mendengar dan sisipan-sisipan yang disertakan bersama didalam album berkenaan.

Mungkin ada antara anda yang membaca artikel ini berfikiran saya berpendapat secara cetek, tapi kalau hendak berenang di laut yang dalam, cubalah belajar di laut yang cetek dahulu.

Kesimpulannya,
Saya cadangkan pihak penganjur menghadkan setiap nombor talian hanya 1 undian sahaja bagi setiap peserta. Ataupun maksimum 3 undian sahaja bagi setiap nombor talian. Ini penting bagi mengimbangi emosi pengundi dan kualiti setiap undian kepada setiap peserta.

Kedua adalah dengan menggunakan konsep 50-50 iaitu 50% undian daripada SMS dan 50% adalah keputusan daripada juri profesional. Juri berhak menentukan atau mengadili kualiti nyanyian dan persembahan peserta dan pengundi SMS pula berhak menentukan bagaimana penerimaan peminat diluar sana, mungkin dari segi populariti kerana ia juga penting bagi seorang artis.

Sudah pasti cadangan ini akan mengurangkan keuntungan bagi pihak penganjur dan pembekal TELKO, namun ia amat bererti kepada industri hiburan tanah air kita dan kepada peserta pertandingan iti sendiri. Agar mereka tidak terus tertipu dengan popilariti yang mengaburi bakat dan kualiti persembahan mereka.

Wednesday, January 28, 2009

KUALITI PERKHIDMATAN KAUNTER POS MALAYSIA




Meskipun POS MALAYSIA membuanyai rangkaian perkhidmatan yang terbesar di MALAYSIA, adakah anda berpuas hati dengan tahap kualiti perkhidmatannya yang diberi di cawanagan kawasan setempat anda?.

Saya yakin mesti ramai yang diluar sana tidak berpuas hati. Jika kita sebagai pengguna berhak memberikan berapa BINTANG, berapa BINTANGkah anda sekalian sanggup berikan daripada 10 BINTANG?.

Bagi pendapaant peribadi saya, POS MALAYSIA hanya berhak mendapat 5 sahaja daripada 10 BINTANG. Mengapa saya berpendapat demikian?.

Sebenarnya saya amat selesa berurusan dengan POS MALAYSIA dalam urusan pembayaran bil dan urusan pos. Tetapi apa yang saya hendak berikan pandangan disini adalah tentang servis kaunter POS MALAYSIA yang mengambil masa yang terlalu lama dan tidak efisien

PERKHIDMATAN KAUNTER

Kelmarin, hari pertama bekerja bagi kpejabat pos seluruh malaysia selepas cuti panjang sempena raya cina. Maka ramailah pengguna yang keluar untuk berusan dengan hanpejabat POS, bayangkanlah hanya 2 kaunter dibuka sedangkang hampir 30 orang sedang beratur panjang. Melebihi 30minit waktu menunggu. Malahan pula, masih ada lagi pejabat-pejabat pos setempat masih lagi tidak disediakan dengan sistem nombor dan memaksa untuk pengguna beratur panjang hingga keluar pintu.

Pihak pejabat pos malaysia patut melihat perkara ini dengan serius dalam menaikkan kualiti perkhidmtan mereka. Tamabahan pula senario bergini kerap sangat berlaku terutama selepas musim perayaan dan cuti panjang.

Bagi sesetengah tempat yang mempunyai kepadatan penduduk pula. Saya pernah mencuba sekali di sebuah pejabat pos yang teletak di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi, cuma 2 kaunter yang dibuka. Boleh dikatakan pejabat pos ini memang selalu ramai pengguna meskipun bukan selepas cuti panjang.

Saya mengambil nombor, dan melihat pada kertas tersebut yang saya terpaksa menunggu hampir 24 orang lagi sebelum sampai giliran saya. Oleh kerana belum biasa lagi dengan pejabat pos berkenaan, saya pun tunggulah sebentar melihat berapa lama masa yang diambil untuk seorang pelanggan untuk berurusan. 4-7 minit setiap pelanggan, anda bayangkan 24 orang. Saya terpaksa menunggu hampir 2 jam. Jadi saya mengambil keputusan untuk keluar pergi ke bank yang berdekatan dahulu untuk mengeluarkan duit dan kemudian saya singgah di sebuah gerai makan untuk makan tengahari dahulu. Jika perut lapar tamabahan pulak dengan menuggu lama, tentu kemarahan lagi membuak-buak. Sebab itu saya pergi mengisi perut dahulu.

Selepas hampir satu jam saya beredar dan kembali semula, saya masih lagi perlu menunggu 7 orang lagi pelanggan. Lihatlah bertapa berkualitinya perkhidmatan kaunter mereka.

BORANG

Saya rasa borang seperti borang keluar masuk ASB dan borang rebat minyak hendaklah diletakkan di bahagian MEJA PENGGUNA MENULIS supaya pengguna mudah mencapainya. Seperti yang dibuat oleh pihak bank-bank. Apa yang saya lihat di kebanyakkan pejabat pos, pengguna terpaksa pergi meminta di kaunter perkhidmatan sendiri. Sedangkan ini akan menggaggu mereka yang sedang berurusan dengan kaunter berkenaan.

BAHAGIAN POS DAN STEM

Jika anda perasan, sesetengah pejabat pos tidak mempunyai pekerja yang menguruskan urusan POS dan STEM di kaunter tersebut. Pekerja yang sama yang sedang menguruskan kaunter pelbagai itulah yang menguruskan kaunter STEM dan POS. Anda tentu pernah melihat pelanggan yang terpaksa menunggu lama semata-mata hendak membeli stem dan membeli sampul surat pos laju. Manakan tidak, mereka terpaksa menunggu pekerja yang sedang berurusan di kaunter pelbagai itu selesai dahulu barulah dia akan dilayan, itupun jika dilayan.

KUALITI PEKERJA

Saya tiada banyak komen tentang pekerja-pekerja yang berurusan di kaunter pejabat pos. Mereka melakukan tugas dengan sempurna dan cekap sekali dengan pelanggan.

Secara kesimpulannya, Apa yang ingin disuarakan disini, POS MALAYSIA perlulah meningkatkan lagi pengurusan urusan kaunter mereka di seluruh MALAYSIA, dari segi kualiti pekerja itu saya rasa boleh dikatakan berpuas hati. Yang tinggal hanya pengurusan yang lebih teratur dan memendekkan waktu menunggu untuk pelanggan.

*jumpa lagi dengan komen dari pengguna tentang pekhidmatan POS oleh POS MALAYSIA.

TERIMA KASIH POS MALAYSIA



Saya yakin ramai yang berada sana semuanya pernah beurusan dengan pejabat pos. Amat janggal sekali jika anda tidak pernah langsung berusaan dengannya. Kita sedia tahu POS MALAYSIA menyediakan perlbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada penduduk setempat.Diantaranya seperti:-

UTAMA
Pembelian Stem
POSLAJU
POSEKSPRESS
Telegram

SAMPINGAN
Pembayaran bil
Pembaharuan cukai jalan
Pembaharuan lesen
Urusan PNB(ASB/ASN)

Saya melihat rangkaian pejabat pos sebanyak 690 di seluruh negara adalah sebagai sebuah syarikat francais yang terbesar di MALAYSIA ini. Mereka telah wuhud sebagai tapak yang kukuh dalam menjadi nadi penghhubung antara rakyat di seluruh tanah air.
Rakyat-rakyat yang berada di pendalaman mahupun di bandar, POS MALAYSIA adalah nadi penduduk setempat untuk berurusan, diantaranya yang paling kerap sekali adalah pembayaran untuk pemayaran bil dan pos.

Perkhidmatannya serba ada dan selaras dengan keperluan masyarakat setempat.

Terima Kasih Pos Malaysia. Anda Amat Berjasa Kepada Rakyat Malaysia.

Monday, January 26, 2009

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2009


Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2009 ini, saya mengucapkan GONG XI FA CHAI kepada semua rakan-rakan yang beragama BUDDHA di Malaysia dan mereka yang berada di luar negara sekarang. Terima Kasih Semua kerana menyokong blog ini.

Saturday, January 24, 2009

BNM KURANGKAN OPR/BLR 0.75%




Bank Negara Malaysia bakal mengurangkan kadar OPR 0.75% menjelang 1 Februari ini.
Kadar semasa adalah 3.5% dan akan berkurang kepada 2.75%. Ini adalah satu langkah bijak dari pihak kerajaan dan bank negara dalam merancakkan ekonomi dalam negara.

Tindakan ini dibuat adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat membuat pinjaman bank untuk urusan belian rumah dan kenderaan. Ini adalah kerana pakar-pakar ekonomi telah berpendapat rakyat malsysia kini masih lagi mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan untuk membuat pinjaman kewangan di syarikat perbankan. Mereka lebih gemar menyimpan TUNAI di tangan masing sebagai bekalan kecemasan di sepanjang tahun 2009 ini.

Jika ini berterusan, ia akan menyebabkan apa yang berlaku di USA dan BRITAIN boleh menimpa syarikat kewangan di MALAYSIA juga. Keadaan dimana syarikat-syarikat kewangan disana hampir muflis oleh kerana kekurangan dana yang mengalir dan tidak mampu meanggung kos pengoperasian syarikat dan juga gagal membuat perlaburan baru bagi membolehkan syarikat terus relevan dalam keadaan ekonomi semasa.

Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, resepi yang paling berkesan adalah dengan merancakkan pengaliran tunai di dalam negara. Melalui cara inilah sahaja bank negara dapat mengekalkan momentum ekonomi negara dan meminumkan impak kesan ekonomi dari kejaruhan mata wang DOLAR AMERIKA.

Justeru itu, saya menyarankan kepada rakyat negara ini agar usah khuatir jika hendak membuat pinjaman bank. Gunakanlah peluang dimana kadar faedah yang rendah sekarang ini untuk menambahkan perlaburan anda. Setiap daripada anda yang berada di luar sana masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk memacu ekonomi negara kita ini kembali aktif.

INTEL PULAU PINANG BUANG PEKERJA




Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini telah mendedahkan satu lagi kesan yang bakal diterima oleh pekerja-pekerja sektor perkilangan terutamanya elektronik di Malaysia.

Syarikat terkemuka antarabangsa, Intel telah memutuskan untuk menutup 2 PLANTnya di Pulau Pinang dan 1 di Filipina. Ini adalah salah satu plan pengurangan kos dan penstrukturan semula bahagian pembuatannya akibat daripada krisis ekonomi yang menyebabkan pengurangan permintaan terhadap produk mereka. Tambahan pula saingan hebat mereka iaitu AMD yang kini memberikan lebih tekanan kepada Intel untuk terus bersaing secara kompetitif.

Untuk pengetahuan pembaca, Intel tidak sama sekali akan membuang keseluruhan pekerjanya yang sedang berkhidmat di PLANT yang akan dibubarkan tersebut. Malahan mungkin sesetengah daripada mereka akan diberikan peluang pekerjaan lain di PLANT yang masih beroperasi.

Mengikut pendapat saya, mungkin pekerja-pekerja Intel Penang yang mungkin akan terkena tempias ini akan diberi peluang pekerjaan di Intel Kulim. Khabarnya disana PLANT lebih besar dan kos operasi kilang di sana jauh lebih murah berbanding Pulau Pinang.

Proses ini mungkin memakan masa sepanjang tahun 2009 ini.

BAGAIMANA MENGHILANGKAN NAVBAR BLOGGER ANDA

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang tak seberapa ini dengan anda.
Apa yang akan saya kongsikan hari ini adalah bagaimana kita boleh menghilangkan Navbar yang berada
di bahagian atas blog kita itu.
Sebenarnya fungsinya adalah bertujuan untuk memudahkan para blogger untuk membuat pencarian blog2 yang diingini.

Tapi kita sebagai blogger, takan kita hendak biarkan NAVBAR mengganggu design blog kita dan kosentrasi pengunjung blog kita.

Ok, mari kita mulakan.

 


Saya pasti anda sekalian sudah sedia maklum yang mana yang dikatakan NAVBAR. Sila lihat gambar diatas.

 


Ok, mari kita masuk ke bahagian MY DASHBOARD-->LAYOUT-->EDIT HTML.
Paparan seperti diatas akan keluar pada skrin komputer anda.
Jika anda perhatikan diatas, COMMAND yang telah diterangkan dengan warna biru,
pada asalnya bahagian itu adalah tempat kosong sahaja. Anda perlu SPACE kan beberapa baris dan PASTEKAN pada bahagian tersebut COMMAND dibawah ini.

#navbar-iframe{display:none !important;}


 


Jika cara diatas masih tidak berjaya, anda boleh menggunakan COMMAND ini pula.

#navbar-iframe {visibility: hidden;}

Hanya copy COMMAND ini dan PASTEkan pada tempat yang sama. Kemudian cuba VIEW BLOG anda pada NEW WINDOW.

 


TAHNIAH!!!. Anda sudah berjaya. Jumpa lagi di episod akan datang.
Posted by Picasa

MEMBER AKU SEMASA KAT RUMAH SEWA DULU


Apamacam?. Sempoi dak badan mamat ni?.
Sorila, Bahagian KEPALA tidak dapat didedahkan atas sebab2 keselamatan dalam negeri.

Friday, January 23, 2009

PROTON MPV BARU 2009

 

 

 

 
Posted by Picasa

SAWAH BENDANG INDAH MENGHIJAU

 

 
Posted by Picasa

MEMORI AKHIR POLY 2007

 

 
Posted by Picasa

KENDURI PENSYARAH-EN. ADHA

 

 

 

 
Posted by Picasa

FINAL PROJEK PALING PALAT

 

 

 

 

Nila final proje aku, telah dikatakan projek paling PALAT oleh judge, tapi menggunakan semua barang terpakai kecuali komponen elektronik le. Akhirnya dapat masuk peringkat final gak. Antara bahan terbuang yang kami gunakan adalah penyangkut baju besi, folder plastik, penyodok sampah.
Posted by Picasa

MEMBER KEPADA MEMBER AKU KAWIN

 
Posted by Picasa

PENANG PORT

 

 

 

 
Posted by Picasa

PERMANDANGAN PANTAI LAGI DI LANGKAWI

 

 

Kemahiran Mengambil Gambar Member Aku. Even guna CAMERA DIGITAL, tapi tetap PRO.
Posted by Picasa

SUNSET KAT LANGKAWI 2005

 

 

Member aku yang amik gambar ni. Aku tgh syok dok mandi lagik.Hehehe. Thz Zahir.
Posted by Picasa