Tuesday, July 28, 2009

Majlis Perkahwinan Yang Tak Kan Dilupakan Selamanya.



Huhuhu, aku nak kongsi dengan korang satu video klip majlis perkahwinan kat US, menarik gaks, baru diupload 2 3 hari lepas. Dah 9 juta viewers dah dari seluruh dunia.
WOW....korang mesti impikan majlis perkahwinan meriah macam ni.Tajuk lagu adalah FOREVER by CHRIS BROWN.
Huhuhu...romantik dan happening. Enjoy yaa...

Ustaz Azmir Mustafa @ Ali Setan




« Dulu SETAN tapi skrg. dah jadi Ustaz »
Alhamdullilah…..!
Ceramah disurau Kembojasari

Pada petang ni aku nak kongsikan bersama saudara saudari tentang kisah perjalanan kehidupan yang sangat menarik ini untuk kita amik iktibar dan petunjuk bersama.

Akhirnya 'Ali Setan' temui hidayah

Thu | Aug 10, 06 | 01:33:00 PM
"Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa)"AZMIL MUSTAFA (bekas Pelakon Filem 'Ali Setan').
BERSEMUKA bekas pelakon 'Ali Setan', Haji Mohd Azmil Dato' Mustapha, bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Ikuti temu bual wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.



HARAKAH : Bila mula berubah dan berhenti berlakon?
Tapi baru-baru ini, saya berlakon filem Puteri Gunung Ledang (PGL) kerana ditawarkan oleh Tiara Jacquelina. Lagipun watak yang diberikan sebagai seorang pendakwah. Itupun saya berat nak terima. Saya bagi 10 syarat yang remeh supaya saya tidak berkata tidak. Nak dijadikan cerita, mereka terima syarat saya, jadi saya tiada pilihan. Sedangkan saya rasa, orang lain tak akan setuju syarat-syarat saya itu. Saya buat kajian tentang watak itu. Memang dia pendakwah serta banyak mengislamkan orang di Nusantara.

AZMIL: Saya berhenti berlakon tahun 1998.

Apa pendorong kepada perubahan?
Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya. Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu.
Apa reaksi rakan-rakan ketika itu?
Kawan-kawan saya terkejut. Tapi waktu itu saya belum berubah sepenuhnya. Jadi kawan-kawan selalu perli saya. Macam-macam la mereka kata...kepala senget, nak tengok Quran. Lebih kurang gitulah (ketawa). Lepas pada itu, saya jumpa seorang ustaz dan diajar cara untuk bertaubat. Saya buat taubat nasuha. Saya dalami agama, belajar sembahyang. Saya memang tak tahu lansung sembahyang ni. Baca Quran merangkak-rangkak. Baca Fatihah pun, buka buku lagi...itupun tulisan rumi. Tapi saya istiqamah. Lama-lama ia makin meningkat. Saya ingat lagi dulu saya baca surah Yassin ambil masa dua jam. Lepas solat Subuh, saya mula baca. Apabila habis sedar-sedar dah pukul 8.30 pagi. Gara-gara baca merangkak la ni. Umur dekat 30 tahun, baru saya hafal al-Fatihah. Alhamdulillah, sekarang dah okey.
Masih membaca?
Sekarang masih membaca. Saya penuhi masa dengan membaca al-Quran. Saya dah tingalkan dunia seronok-seronok ni. Saya dah banyak buang masa waktu muda dulu.
Saya suka berseronok, jadi saya nak tebus semuanya.
Berubah secara drastik, atau 'slowly'?
Dulu saya belajar di negara orang kafir, hidup mengikut budaya kafir. Apabila saya dah mendekati Allah, baru saya tahu apa yang saya buat selama ni salah. Sebab tu saya tinggal terus, bukan 'slowly'. Saya tak boleh 'slowly'. Kalau 'slowly', saya tak tahu saya sempat atau tidak. Kita tak tahu bila kita mati. Apabila dah timbul kesedaran, buang terus zaman lampau kita, jangan ada rasa cinta pada kehidupan lama kita yang sesat.

Hubungan dengan rakan-rakan hiburan?
Saya berhenti terus, tak keluar langsung. Putus hubungan dengan kawan-kawan dalam dunia hiburan. 'Member' baik pun saya tak jumpa atau hubungi. Kalau jumpa setahun sekali waktu raya pun dah cukup baik. Kadang-kadang tak jumpa pun sebab bagi saya, kalau saya masih terus bersama dengan mereka tak mustahil saya akan kembali semula. Jadi saya ambil keputusan tinggal semuanya.
Dah berani keluar berjumpa orang?
Sekarang dah berani. Dulu memang langsung tak keluar sebab takut terpengaruh. Pengaruh syaitan ni kuat. Setakat ni, pengaruh jahat selalu menang berbanding pengaruh baik.
Perkembangan terkini setelah meninggalkan dunia lakonan?
Sejak setahun kebelakangan ini saya banyak menerima jemputan untuk berceramah, dan lebih kerap dua, tiga bulan kebelakangan ini. Saya tidak membuat sebarang pekerjaan lain kerana sudah tak sempat.
Selain berceramah?
Saya sedang membuat perancangan untuk ke Syria, menuntut ilmu. Sebelum itu, saya buat solat hajat untuk memilih mana-mana destinasi. Kemudian saya diilhamkan untuk ke Syria dan Yaman. Jadi, saya pilih Yaman. Kebetulan saya berjumpa dengan seorang ustaz yang mengatakan kita kena buat istikharah jika mempunyai pilihan. Jadi saya pun buat istikharah, dapat petunjuk ke Syria. Empat kali istikharah, masih diilhamkan Syria. Jadi, saya buat keputusan ke Syria. Dua tahun lepas saya berpeluang ke Syria, dapat rasa satu ikatan istimewa berada di sana. Balik dari sana, saya ditawarkan membuat rumah anak yatim, yang mengambil masa setahun untuk ditubuhkan. Tapi akhirnya saya tarik diri kerana cara saya dan rakan kongsi berbeza, kerana dia berasal dari England dan tak izinkan saya berceramah. Jadi, saya ambil keputusan tarik diri daripada bergaduh.
Pernah bisnes sebelum ni?
Macam-macam bisnes saya buat. Rugi juta-juta. Pertama, mungkin Allah tak izinkan. Saya juga muhasabah diri. Yang saya ingat, saya pernah kata...kalau ada duit, saya buat segalanya. Saya jual barang keperluan agama, seperti tasbih, sejadah, buku-buku agama, kaligrafi Arab. Tapi saya tak sebut 'kalau Allah izinkan...' Agaknya sebab itulah bisnes saya tak berjaya. Adalah hikmahnya dan setakat ni saya nampak rezeki saya pada ceramah.
Perasaan setelah meninggalkan dunia hiburan dan berkecimpung dalam dakwah?
Ketenangan yang saya rasa tak dapat nak diceritakan. Tak boleh nak nilai. Tak boleh nak dibandingkan dengan duit yang dulunya saya pegang juta-juta. Duit boleh habis, tapi ketenangan yang saya rasa sekarang, saya tak mahu jual biarpun orang bayar berjuta-juta. Saya juga rasa satu perkembangan yang sangat baik bagi saya ialah apabila saya berceramah ni, ilmu saya bertambah. Saya membaca, tanya ustaz-ustaz kerana saya bukan latar belakang agama. Jadi, saya lebih mengenali Allah sejak berceramah ni.
Alhamdulillah, sambutan orang terhadap ceramah saya pun bagus. Maklumlah, 'setan' datang ceramah. Kalau ulama ceramah, tak ramai datang. Tarikan setan memang kuat (ketawa).
Topik apa yang selalu disebut ketika berceramah?
Kalau berceramah, saya lebih suka mengingatkan diri saya dan umat Islam lain supaya membangunkan semula Islam, kerana hari ini pemikiran dan seluruh kehidupan kita dijajah oleh orang kafir. Islam tiada sempadan, hanya orang kafir yang meletakkan sempadan dan jajahan, dan kemudiannya kita ikut. Orang kafir dah kuasai minda kita, kehidupan kita, hingga orang Islam hari ini melakukan perkara yang menjauhi diri daripada Allah. Tetapi semuanya dalam keadaan tidak sedar kerana sudah biasa ikut hukum orang kafir hingga tak rasa besalah langgar perintah Allah. Hukum Allah ni kena ikut setiap masa, bukan dalam solat semata-mata. Kadang tu, dalam solat je ikut Allah, lepas solat ikut balik cara kafir. Itu kesedaran yang perlu ditimbulkan untuk umat Islam.
Banyak menerima jemputan, selain PAS?
Saya dapat jemputan daipada RTM, buat rakaman dengan Pahang FM. Juga buat untuk jabatan agama Islam. Saya tidak mengehadkan kerana saya buat kerana Allah Taala, jadi tiada kompromi tentang itu. Bagi saya, memasuki pilihan raya ni satu kompromi, bagi sayalah. Kalau nak kuasa, minta pada Allah. Bukan minta pada sistem yang disediakan orang kafir. Bagi sayalah...(ketawa).Pilihan raya itu sistem orang kafir yang kita ikut. Lagi pun, jelas berlaku dalam negara yang amalkan politik, apabila parti Islam menang, mereka tetap tidak dapat berkuasa. Perkara ini berlaku di Algeria, Maghribi, Turki, Lubnan, Palestin. Hamas memang pun masih tak boleh berkuasa. Sistem orang kafir ni tak akan bagi Islam ambil kuasa.
Pernah terima tentangan sejak berdakwah?
Apabila saya bercakap agak lantang, ada orang yang labelkan saya ekstrim. Pernah suatu ketika dulu, mikrofon masjid ditutup apabila saya bercakap lantang. Ini orang-orang yang taat pada perlembagaan negara berbanding perlembagaan Allah. Perlembagaan itu perlembagaan kafir Lord Reid. Saya pegang kukuh, taat pada pemerintah selagi dia tidak melanggar hukum Allah. Kalau dah langgar, tak perlu lagi kita taat padanya
Cenderung pada politik?
Saya tidak bercakap atas dasar politik. Saya bercakp atas dasar Allah, ke jalan Allah. Bagi saya, Umno, PAS, KeADILan ni macam satu pasukan bola sepak. Umno sebagai Manchester United, PAS Chelsea, ADIL Liverpool. Padangnya sama...stadium. Pengadil sama, SPR. Sebab itu, saya pilih bercakap atas dasar agama semata-mata.
Bagaimana melihat umat Islam hari ini?
Saya sedih sebenarnya melihat orang Islam bergaduh, atau berselisih pandangan sesama Islam. Soal kecil pasal wajib baca qunut, ada yang kata sunat, tangan perlu letak di perut, wajar letak di dada. Benda-benda macam itu. Kita sesama Islam pertikai...tapi dalam masa sama biarkan saja orang kafir buat sesuka hati. Sedangkan merekalah (kafir) yang perlu kita musuhi. Kita ni terlalu banyak kelemahan. Dari segi kehidupan. Begitu juga bahasa. Dulu kita guna bahasa Arab sebagai bahasa sandaran seperti ilmu, khabar, akhlak, warta, Isnin, Selasa. Sekarang dah jadi integrasi, dominasi, automobil...semua ni dari bahasa Inggeris. Kita jadi makin jauh dengan Allah. Ada orang baca Quran, bertajwid, berlagu tapi tak tahu makna. Apa semuanya tu? Kita tak boleh ambil Islam ni secebis sana, secebis sini. Kena ambil seluruhnya.
Soal keluarga. Menjadi bapa tunggal. Kisah di sebaliknya?
Saya berkahwin dua kali. Pertama, bercerai kerana tak boleh terima saya sebagai hak masyarakat. Jadi artis ni, kita jadi hak orang ramai. Jadi, dia tak boleh terima keadaan itu. Bertahan lima tahun saja. Ada anak perempuan seorang, dah umur 21 tahun. Saya jarang jumpa anak saya tu, sebab mak dia tak bagi jumpa. Tak apalah, saya reda. Kuasa Allah, dia masuk UiTM, dekat la untuk saya jumpa.
Dia tak nak duduk sekali?
Ada sekali nak duduk dengan saya. Saya tak kisah, tapi saya bagi syarat. Suruh pakai tudung, sembahyang. Sehari lepas itu, dia balik semula ke rumah mak dia. Tak tahan agaknya (ketawa). Ada kawan-kawan kata saya keras. Saya terpaksa keras sebab kalau tak keras, ia boleh merosakkan semua yang saya dah mulakan. Saya tak sanggup nak ambil risiko tersebut. Orang sekarang lebih sayang harta daripada keluarga. Tak berani nak tegur anak. Sayang tak bertempat. Anak-anak semua bawah jagaan saya. Dulu saya bagi anak-anak ke rumah mak mereka. Tapi masalah sekarang, apabila balik dari rumah mak mereka, anak saya dah tak pakai tudung. Tanya pasal sembahyang, adalah buat sekali sembahyang. Saya fikir tak boleh jadi macam ni. Jadi, sekarang dah tak pergi lagi ke rumah mak mereka. Saya izinkan mereka jumpa di 'club house', di kawasan rumah ni saja. Mujur waktu bercerai dulu saya letak syarat-syarat supaya jaga syarak kalau nak terus berhubung dengan anak-anak. Jadi saya ada hak untuk menyekat.
Perancangan masa depan?
Pertama saya nak belajar bahasa Arab di Syria, sebab ada satu tempat tu berjaya mengajar orang kafir berbahasa Arab dalam masa tiga bulan. Saya dah cuba kat sini, tapi tak menjadi. Yelah, dalam kelas cakap Arab, keluar kelas cakap Melayu balik. Mana nak jadi. Saya cadang lepas raya, itupun bergantung kepada kewangan. Mungkin setahun di sana dan saya akan bawa anak-anak saya semua ke sana. Kenapa? Sebab saya nak bantu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dan lebih awal daripada saya. Saya nak mudahkan mereka. Tak mahu mereka jadi macam saya.
Mungkin mahu menamatkan zaman duda?
Saya rasa perlu kerana dah tak cukup masa nak tumpu pada keluarga berbanding dulu. Saya dah banyak keluar sekarang, kasihan pada anak-anak selalu ditinggalkan. Tapi calon tak ada lagi...(ketawa)







Monday, July 27, 2009

Air Asia Terhempas? Bila? Diman?



Selamat Petang dan selamat pulang kepada mereka yang baru sahaja pulang dari tempat kerja pada jam jam sebegini. Aku pun baru sampai dari tempat kerja dan terus menjengah kat blog aku ni untuk kemaskini posting pada hari ini.

Pada petag ni aku nak kongsi plak dengan korang tentang nahas udara. Korang pun sedia tahu, semenjak dua menjak ni banyak kapal terbang terhempas. Dalam bulan ni sahaja 2 pesawat daripada IRAN telah terhempas dan menyebabkan beberapa ratus kematian berlaku.

Selamatkah penerbangan kita?....MAS AIR ASIA?

Jom kita jengah kedalam lagi. Sudah tentu anda tertanya tanya tentang kebenaran gambar diatas. Dimana berlaku?. Bila?



Anda sudah tentu tertanya tanya akan kebenaran foto diatas. Bukan sahaja anda, tapi semua orang tertanya-tanya tentang ini. Isu hangat, penerbangan tambang murah terkenal di ASIA TENGGARA, AIR ASIA, terhempas. Tapi entah bila dan dimana dan mengapa?.Saya sendiri tidak punyai jawapan itu.



Rasanya foto ni dah lama teredar di peti peti email di seluruh MALAYSIA, entah rasanya sudah sampai ke luar negara. Apa pendapat anda?



Banyak kemungkinan boleh berlaku pada foto yang disertakan ini, diantaranya:

1-Edit photoshop
2-Latihan menyelamat
DLL.....




Terpulanglah kepada anda apa yang anda fikir. Bagi saya, sebagai pemilik blog ini, saya muat naik dan berkongsi dengan anda adalah untuk mendapat tahu tentang kebenaran. Jika dakwaan foto ini benar, kenalah ada penjelasannya. Jika salah juga, perlulah ada penjelasannya. Kita sebgai rakyat Malaysia dan bakal penumpang amat berhak untuk mengetahui perkara sebenarnya.



Saturday, July 25, 2009

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya….!!!


Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

“ AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA





-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )


Sedarlah semua! Tolong sebar2kan…... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!





BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN



Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.



Iklankan Disini: Buat duit Dengn Modal Rm50!

Nama Anda/Syarikat: Platinum Z
Cara Menghubungi(Email dan No Tel): 0133724253
Tajuk Iklan: Buat duit Dengn Modal Rm50!
Penerangan(Boleh paste html code dan gambar): Dengan Bermodalkan RM50 Sekali Sahaja!!!!
Anda Mampu Mendapat Tunai Setiap Hari Sehingga Maximum RM3000 Sehari!!!!

Tanpa Jumpa Sesiapa!
Tanpa Menjual!
Modal Sekali Tanpa Mantain

Tak Menaja Pun Tetap Dapat Downline!
Dari Sistem Auto Dan Re-Entry
SISTEM TAK AKAN TEPU

Anda Harus Faham ! INI……
Bukan Skim Cepat Kaya
Bukan Skim Piramid
Bukan Pelaburan Internet
Bukan Derma Ikhlas
Bukan MLM
Bukan Jual TOP UP
Bukan TD TONE MOBILE

http://pz2u.otelopro.com/?ref=1078
--
Visitor Ip: 119.40.120.250

Friday, July 24, 2009

Kerenah Bakal Mak Mertua

rakaman perbualan ini antara keluarga mat dan keluarga minah tentang
hantaran oleh pihak minah.

Emak kepada Minah :
"Yerlah.... anak saya blajar lulusan universiti.... tak nak bilang
baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar tinggi dalam
lingkungan 10 Ribu..... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya....
harap harap paham jerlah~"


Emak kepada Mat :
"Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau
terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti..... biarlah dicepatkan biar
jauh dari maksiat..."


Emak kepada Minah :
"Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi
yang tunggu....... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa
nanti orang cakap..."

Mat :
"Yerlah makcik.... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.....
SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik....
Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA..... kalau dalam semua BAIK.....
Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN
PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh
simpan!!"

wakakakaka.......

p/s : realiti zaman skang...

Walaupun lawak, tapi kenang kenangkanlah akan lawak ini, amik pengajaran kepada ibu bapa yang terlalu berkira sangat tuh. Anak ni bukan harta benda untuk djual beli. Aku pun dulu pernah bertekad, kalau dapat anak dara yang mak bapak letak mahal-mahal, aku akan bayar, tapi jangan harap aku akan bawa balik semula anak dara mereka. Bukan apa, hanya perasaan geram di dalam hati, bukannya mereka tidak tahu bagaimana si lelaki bersusah payah untuk mengumpul duit untuk berkahwin, ada sampai sesetengahnya terpaksa meminjam daripada bank untuk berkahwin, kalau tak, sampai umur 40an baru dapat mendirikan rumah tangga kerana kos perkahwinan sekarang yang semakin meningkat dari hari kehari.

Jadi, kepada sesiapa dapat bakal mak bapak mertua yang spoting dan boleh bawak bincang, korang patut bersyukur sangat sangat kerana untuk mendapat mak bapak mertua yang memahami tentang kesusahan pihak lelaki bagi mendirikan rumah tangga amat susah sekrang ini. Bukan aku nak kata semuanya, tapi kebanyakkanya begitu. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya.






Thursday, July 23, 2009

Pencen Bagi Sektor Swasta?

Image Hosted by ImageShack.us


Menurut dari petikan akhbar UTUSAN hari ini,Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah mengusulkan untuk mewujudkan dana pencen rasmi bagi mereka yang bekerja sendiri ataupun yang bekerja di sektor swasta. Ini adalah salah satu lagi pilihan selain KWSP kepada mereka yang bekerja sendiri atau sektor swasta untuk membuat penyimpanan untuk hari tua nanti.

Dengan wujudnya dana pencen swasta ini, maka mereka ini akan merasakan diri mereka lebih selamat dan dilindungi. Namun, caruman untuk pencen swasta ni adalah bersifat sukarela iaitu atas mengikut kemahuan invdividu itu sendiri.

Dana ini akan diwujudkan secepat-cepatnya awal pertengahan tahun depan terutamanya untuk mereka yang tidak dilindungi oleh dana pencen rasmi, agar mampu menikmati kehidupan lebih baik ketika bersara.



Kita masih lagi perlu menunggu untuk maklumat seterusnya dari pihak kerajaan berkenaan dana ini secara jelas dan terperinci. Terutamanya bagaimana ia akan dicarum dan siapakah yang akan menjadi syarikat pengurus kepada dana ini. Pengurus dana ini perlulah dari syarikat yang telah berpengalaman menguruskan dana yang berjutaan dan berbillion ringgit. Sebagai contoh PNB ataupun KWSP. Ini penting agar rakyat percaya dan yakin terhadap pemegang pencem mereka.

Segalanya masih lagi samar disini, adakah pihak kerajaan akan mewajibkan pemegang dana tersebut mengikut langkah sebagaimana pekerja kerajaan hari ini menerima pencen?

Ataupun sistemnya adalah seperti KWSP?...

Kita tunggu dan lihat......Saya akan sentiasa kemaskini pernyataan ataupun maklumat terkini di sini.


DAN SEBENARNYA....

Image Hosted by ImageShack.us

Nie dah kes minat giler nie, janji dia berani berterus terang. Tapi bab bab perhati perhati nie yang buat acik gerun nie kan kan kan . nie nasib baik pompuan yang minat lelaki, kalau lelaki laks minat kat pompuan buat macam nie tak ke surat nie sure pergi balai polis punya kan kan kan ... cianlah cik bunga tu..Huhuhuh...Meh..meh....



AMARAN : INI ADALAH KISAH BENAR…SILA JANGAN SESEKALI MENCUBA PERBUATAN INI OK???=D

Di Suatu petang yang hening...
Lokasi : Parking kereta -2 Menara TM




Zoom sikit...




TERJEMAHAN SURAT DI ATAS :


Hai Abang,

Sy dah lama perhatikan abang,

Sy minat dah lama ngan abang,

bleh berkenalan?

Sy tunggu abang kat Secret Recipe

sok kol 5.30 pm ea?

Sy pakai tudung belang-belang,

warna hitam putih

Datang tau,sy tunggu

Yang Mengharap,

Bunga

30/06/2009


Pilihan MapLeBizz Hari Ini

TERKINI!!!:Kuota bumiputera ASM dilelong Akhirnya

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us


Terkini...Terkini.....Saya agak terkejut juga apabila membaca keratan akhbar ni sebentar tadi. Terus saya masukkan ke blog saya untuk dikongsi bersama anda disini.
Ramai yang sebelum ini membantah akan perkara ini, namun inilah realitinya, perniagaan tetap perniagaan. Mungkin kerana itulah pihak PNB mengambil keputusan ini untuk menjual bagi unit ASM kuota BUMIPUTERA yang tak terjual kepada kaum lain dengan konsep siapa cepat dia dapat.



KUALA LUMPUR - Sebanyak 1.6 bilion baki unit Amanah Saham Malaysia (ASM) kuota bumiputera yang tidak terjual akan dibuka untuk jualan kepada semua kaum mulai Selasa minggu depan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata,(selanjutnya di sini)

Ya, itulah realitinya, sayang sekali kita kaum bumiputera tidak mengambil peluang yang terhidang di depan mata, kaum lain yang menghidunya dahulu. Tidak perlu salahkan sesiapa, tepuk dada tanya kenapaaa?....!!!!.Namun masih lagi pintu peluang terbuka untuk anda mengambil peluang ini. Saya tahu, bagi yang tiada duit, apakan daya, namun bagi yang berkemampuan, sahutlah secepat mungkin peluang ini, memang pulanganya tak sebanyak mana dan tidaklah cepat, namun ia selamat.

Sejauh Manakah Relevannya ASM 2009 kepada BUMIPUTERA?

Image Hosted by ImageShack.us


ASM, Amanah Saham Malaysia, satu lagi skim perlaburan yang diperkenalkan oleh PNB untuk membantu rakyat negara ini untuk melabur secara selamat. Kerajaan baru-baru ini telah menambah 3.3 Billion Ringgit unit tambahan untuk tahun 2009 ini. Namun sejauh manakah keberkesanan ataupun sambutan dari rakyat Malaysia dari segenap kaum?.



Mari kita semak-semak, akhbar utusan baru baru ini mendedahkan bahawa kuota untuk bumiputera sebanyak 1.66 Billion lagi masih belum terjual. Sedangkan kuota unit untuk kaum CINA sudah habis dijual. Berdasarkan sambutan ini anda sudah tentu dapat mengagak apa yang berlaku.(petikan akhbar UTUSAN)

Apa yang menjadi persoalan sekarang ini kepada saya adalah kesedaran orang melayu sendiri terhadap peluang yang disedikan oleh kerajaan ini untuk membolehkan kita sebagai bumiputera untuk melabur secara selamat dan menguntungkan, walaupun ia mengambil masa yang agak lama.

Adakah orang Melayu tidak mengetahui akan perlaburan ini diwujudkan?

Adakah orang Melayu tidak mendapat info yang mencukupi tentang syarat2 dan bagaimana untuk menyertainya?

Adakah kerana sikap orang Melayu yang menyukai perlaburan yang memperoleh untung yang cepat dan besar?

Adakah orang Melayu telah ada pilihan lain untuk perlaburan?

Itulah yang menjadi persoalan kepada kita kini. Jika anda ada pendapat, sila kongsikan pendapat anda bersama saya disini supaya kita dapat berbincang dan berkongsi idea.

Dapatkan Maklumat lanjut tentang ASM DISINI






Produk Memantapkan Punggung Wanita Dari Eropah

Image Hosted by ImageShack.us



Ini ada satu produk baru yang sekarang sedang hot kat Eropah. Produk ini bertujuan untuk memantapkan saiz dan bentuk punggung wanita agar kelihatan lebih menarik dan mengiurkan. Ia nampaknya terbukti berkesan kerana mendapat sambutan yang hangat dikalangan wanita di eropah yang menghadapi masalah saiz punggung yang kurang ideal dan tidak seksi. Apa kata saya bawakan preview ataupun testimonial produk ini kepada anda di Malaysia. Di jangkakan produk ini akan memasuki pasaran Malaysia pada awal OGOS 2009 ini. Kepada yang ingin menjadi pengedar, anda dialu alukan.Baca seterusnya untuk maklumat lanjut...




Memang Sexy gile le kalau wanita pakai produk nih.
boleh memantapkan punggung wanita yang kurang berisi,
Lupakan tentang Kim Kardeshian

Lupakan tentang J. Lo

Lupakan tentang Shakira

Lupakan tentang Jessica

Lupakan tentang semuanya....

Ini adalah hasil bukti, ataupun testimonial pergguna produk tersebut...
Anda pasti akan lupakan semua bentuk punggung yang seksi diatas tadi...
Semua pasti akan menyukainya...




Memperkenalkannnn....!!!!!








Wednesday, July 22, 2009

Menarik Hari Ini

Satu lagi artikel menarik dari petikan sebuah akhbar untuk dikongsi bersama korang.

Image Hosted by ImageShack.us






Tuesday, July 21, 2009

Aksi Rempit Vietnam Bersama Awek

Saje Kongsi Dengan Korang.
Image Hosted by ImageShack.us






HUMMER The KNIGHT XV 2009


Syarikat permotoran dari Kanada,Conquest Vehicles akhirnya mendedahkan rekaan terbaru HUMMER versi 2009. Kali ini ia hadir dengan rekaan yang bertambah mengancam dan kemasan dalaman yang bertambah mewah. Tambahan pula jentera gergasi ini dipacu dengan teknologi biofuel iaitu bahan bakarnya adalah ETANOL,E-85.




Harga bagi HUMMER versi adalah USD310k,wow...murah jugak rasanya, HUMMER H3 tupun baru jer USD52,990 - USD60,990. Hanya 100 unit terhad sahaja akan dihasilkan.Siapa cepat dia dapat. Apa tidaknya, jangkamasa nak siapkan sebiji HUMMER ini mengambil masa selama 63 hari jika bekerja 24jam sehari, yang penting ia adalah CUSTOM MADE!!!.



Panjang kereta nipun dah lebih dari 6 meter dan berat 5 setengah tan. Ya...berat dan padat. Mana tak beratnya, seluruh badan besi padu anti ballistik, fibreglss ballistik, cermin kalis peluru 6cm tebal. Semua ni boleh tahan dari serangan dari senapang jenis Kalashnikovs, Dragunovs dan Kasporovs.


---- Spesifikasi ----

Enjin 6.8 liter V10 –

Torque 498

HP 400 hp HP/Weight –

HP/Liter 58.8 hp per liter 1/4 mile –

Dalaman



Wilton Wool luxury carpeting;
Andrew Muirhead leather;
6-way electric leather boardroom-style seating;
Tandem sunroof glass with privacy shades;
Personal side-mounted lap top stations;
LED cabin lighting;
Alpine AM, FM, CD, DVD navigation and Bluetooth equipment;
TV Monitors; Night vision and rear op camera system and Playstation 3 (PS3).



Luas kabin dalaman die boleh memuatkan seramai 6 orang pemain profesional basketball tuh, ko rang bayangkanlah betapa besar dan tingginya sorang pemain basketball. Ni boleh masuk 6 orang.Woowww.....!!!!!


Gambar kat bawah ni korang boleh bandingkan HUMMER yang lama dengan HUMMER GERGASI nih, pastu compare la dengan kereta kita....hahaha!!!.





Beraneka Design Baju Dari China




Bila sebut pasal produk dari CHINA sudah tentu apa yang terlintas dalam otak anda tentang barangan tiruan dan murah. Ya, sudah tentu murah...sudah tentu replika....Namun mereka juga bijak dan kreatif dalam meniru jenama jenama terkenal dengan ke kreatifan mereka sendiri Bukak page seterusnya untuk lebih banyak lagi pendedahan.














Ini adalah sebahagian, masih banyak lagi yang tidak dapat dimuat naikkan di sini. Almaklum le....blog percuma.Hehee.

Monday, July 20, 2009

Marina Baru di Singapore

Ekspresi anda yang pertama kali melihat foto-foto ini pastinya "Wowww!!!"..
Itulah eskpresi pertama saya selepas melihat foto-foto ini. Semua bangunan bangunan ini sedang dalam pembinaan di singapura. Pastinya dalam hujung 2010 atau pertengahan 2011 Marina ini bakal menjadi satu lagi landmark singapura di dalam peta perlancongan dunia. adakah malaysia dapat menyaingi singapura?....



















Memanaskan Enjin Kereta

Image Hosted by ImageShack.us


Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit.


Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.


Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta.

Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang
enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?



Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?


The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara
yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat
iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.


Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap
dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang
dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta
Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya
yang terjadi kepada alam sekitar?



Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam
minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya
mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu.. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika
kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Dipetik daripada email yang aku terima. Harap kita dapat berkongsi ilmu ini.

Karangan Budak Sekolah Rendah








Sunday, July 19, 2009

Iklankan Disini: Jahit baju

Nama Anda/Syarikat: maplebizz
Cara Menghubungi(Email dan No Tel): o12
Tajuk Iklan: Jahit baju
Penerangan(Boleh paste html code dan gambar): saja test power
--
Visitor Ip: 115.134.181.233

Saturday, July 18, 2009

Malaysia Menang 2-3 Dengan MU.

WOW, kalau anda menyaksikan petang semalam perlawanan persahabatan MU menentang Malaysia di stadium mahupun di kaca tv mesti terhibur dengan persembahan kedua dua pasukan. Mesti anda menyangka saya tersilap tentang tajuk posting saya pada har ini.
Ya, tidak dinafikan MU menang 3-2 dengan Malaysia, tapi bagi saya MALAYSIA adalah pemenangnya dari semangat mereka untuk menentang pasukan yang handal dan terkemuka di seluruh dunia ini.

Layan jap jaringan-janringan gol semalam...





Esok malam, kita bakal dihiburkan sekali lagi perlawanan Malaysia menentang MU, kepada mereka yang belum lagi mendapatkan tiket untuk perlawan kali kedua MALAYSIA VS MU esok, sila dapatkan sekarang di outlet Al-ikhsan, cepat sebelum terlambat.

Klau x salah semalam stadium bukit jalil penuh dengan penonton hampir 75 orang.
Wow...dah lama rasanya x tengok stadium Bukit Jalil penuh sebegitu untuk perlawanan bola sepak. Rasa mcm tgk kat overseas plak.

Walau apa juapun keputusan Malam esok, aku tetap penyokong setia MALAYSIA.

Alex dah tak nk p Indonesiaa....kita main skali lagi kat sini...hehehe.
Pertama dalam sejarah negara.


LAKUKAN SESUATU,TOLONGLAH

Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu

mengeluarkan apa-apa perkataan.



Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif.

Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan

ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz

datang melawat mereka.




Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka

pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di

dalam sebuah gereja.



Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang

dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan

sudah beberapa yang mati di sini.




Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan

yang dibuat oleh orang Islam.



Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi

hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.



Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,



"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang

sakit pun tidak dihiraukan".



Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,



"Imam masjid sebelah selalu datang"



Hati saya menyapa:-



Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya

tak ada tanah..."



"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan

sekali lah."



Hati saya menyapa:-



"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."



Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk

apa yang saya nak sampaikan?




Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara

ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?



"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau

lebih

tepat:-



"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari

dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."



Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya

hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin

banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-



"Ah.... pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah..."



Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.



Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara

yang rendah, berkata pada saya:-



"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."



Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka

seolah-olah memberi tahu saya,



"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"




Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib.

Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.



Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-



"Nanti datang lagi ye.."



Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak

putus-putus berdoa:-



"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam

tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja

ini Ya Allah."



Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki

nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.




Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah,

ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti

ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini,

selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang

Islam.



Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada

niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.



InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan.

InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja

ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah

penjagaan bagi orang Islam.



Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin...




"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"



Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

24 Jun 09, jam 2.15 pagi