Tuesday, February 3, 2009

WANITA TIDAK PANDAI MASAK DI MALAYSIA



Women "can't cook to save their lives", celebrity chef Gordon Ramsay has said

Satu kenyataan yang agak keras. Mungkin ada yang akan berpendapat kenyataan ini amat keras dan keterlaluan.
Benarkah kenyataan ini?. Di UK kajian merumuskan bahawa sebanyak 75% wanita disana tidak tahu asas memasak.
Bagaimana dengan remaja perempuan dan wanita di Negara kita pula?. Saya rasa di Malaysia tidakkah mencapai sampai ketahap sedemikian. Mungkin hanya 30% yang sedemikian.

Faktor-Faktor Yang Mungkin Perkara ini berlaku.

1)Kurang didikan dan dorongan dari peringkat kanak-kanak
Minat dan kesedaran kurang dari peringkat kanak-kanak akibat daripada kurang pendedahan dan penerangan dari ibu bapa dalam soal agama dan kehidupan sosial berhubung kemahiran ini.

2)Kurang kesedaran kepentingan ada kemahiran memasak
Kebanyakkan wanita dan remaja wanita masa kini banyak terpengaruh dengan mentality bahawa kemahiran ini sudah tidak relevan dengan kehidupan masa kini yang semakin maju. Wanita yang memasak di dapur ini agak ketinggalan pada pandangan sesetengah pihak. Ini salah sama sekali!!.

3)Tiada masa
Wanita dan remaja masa kini yang bekerja terutamanya tidak boleh menjadikan sibuk di tempat kerja dan disekolah sebagai alasan kerana tidak dapat mengusai kemahiran wajib ini. Alasan seperti pulang lewat dari tempat kerja dan sekolah dan sibuk sudah lali didengar sebagai alasan mereka mengabaikan kemahiran ini.

Kepentingan Kemahiran Memasak.

1)Dapat menolong ibu di dapur dan meringankan beban ibu didapur secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam keluarga.

2)Isteri yang ada kemahiran memasak sudah mesti akan semakin disayangi oleh suami dan juga keluarganya. Walaupun masakan tidaklah sampai setaraf masakan hotel. Namun masakan hasil dari air tangan seorang ibu dan seorang isteri itu amatlah bermakna di dalam sesebuah keluarga. Kalau tidak, masakan seseorang wanita itu dapat menandingi keenakan masakan ibunya. Air tangan berlainan rasa berlainan

3)Mengeratkan hubungan kekeluargaan. Disisi Islam juga telah dinyatakan bahawa baik buruk sesebuah keluarga itu bermula dari dapur. Buruk dapur, maka buruklah keluarga itu. Kita ambil satu situasi contoh disini.
Bayangkan si isteri/ibu tidak pandai masak, anak-anak dan suami terpaksa makan diluar setiap hari, tidakkah ia membazir dari sudut ekonomi?.

Satu sudut lagi pula apabila si isteri/ibu tidak masak dirumah, masing-masing sudah tentu makan diluar, dimana hubungan kekeluarga itu akan dipupuk?. Jika ada masakan dirumah sudah tentu mereka akan makan bersama dirumah secara langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4)Dapat memelihara adat resam dan budaya kita

Bagaimana Mengatasi?.

1)Dorongan
Ibu Bapa-Iba bapak perlulah memberikan pendedahan awal di seusia 8 atau 9 tahun lagi tentang perkara ini. Mereka perlulah mendidik dengan cara menolong perkara kecil-kecil seperti mengupas bawang, potong sayur atau sebagaianya sebagai pendedahan awal untuk membiasakan diri suasana di dapur.

Janganlah melarang anak-anak anda untuk menolong anda didapur jika mereka berminat, sebaliknya bagilah kepada mereka untuk membuat kerja-kerja mudah dan tidak merbahaya walaupun tidak banyak sekalipun.

Kebanyakkan ibu bapa beranggapan apabila anak-anak mereka muncul didapur semasa mereka memasak, sebagai pengacau dan melambatkan kerja. Dengan tanggapan begini akan membuatkan minat mereka segera terbantut.

Berikan nasihat dan penerangan ringkas akan kepentingan kemahiran memasak dalam sesebuah institusi keluarga dan dalam kehidupan harian.

Suami-Perkara terpenting sekali peranan seorang suami kepada isterinya yang tidak pandai memasak adalah jagan membandingkan isterinya dengan orang lain. Contohnya seperti ibunya. Ini akan membuatkan si isteri akan mudah terasa dan hilang semangat untuk mempelajari kemahiran tersebut. Sebaliknya suami boleh memberikan cadangan dengan pendekatan yang lebih lembut seperti memujuknya ke kelas memasak dihujung minggu dan menerangkan tentang kepentingan mengusai ilmu ini dalam rumah tangga. Ini adalah penting kerana tugas seorang suami adalah membimbing si isteri jika terdapat kekurangan.

Berikan kata-kata semangat setiap hari agar si isteri tidak berputus asa. Jangan mengutuk masakan isteri anda jika tidak sedap atau menjadi sebaliknya tegurlah dengan lembut dan berlapik.

2)Kelas Memasak.

Bagi yang sudah bekerjaya dan beralasan sibuk hinggakan tiada masa untuk mempelajari kemahiran memasak. Luangkanlah masa dihujung minggu dengan menghadiri kelas memasak yang sekarang ini banyak ditawarkan. Apalah sangat 2 jam kelas memasak dihujung minggu. Disamping itu dengan memasak juga ramai individu berpendapat mereka memperoleh ketenangan dari kesibukan dipejabat.

3)Kempen kesedaran-

Badan-badan NGO boleh menggiatkan kempen agar kepentingan kemahiran memasak ini terus dipupuk dalam diri setiap remaja perempuan di Negara kita. Dengan menyelitkan/menyerapkan kemahiran ini sedikit demi sedikit dalam kempen-kempen motivasi dan dalam kem-kem bina diri, ia juga dapat menjadi sebahagian daripada kempen kesedaran.

Melalui media elektronik seperti televisyen dan radio juga adalah satu medium yang amat berkesan agar kempen kesedaran ini sampai kepada remaja-remaja yang berada diluar sana.

Kesimpulannya
Kemahiran memasak itu penting dalam diri setiap individu, semestinya kepada wanita terutamanya. Satu bonus jika si suami juga pandai memasak.

1 comment:

  1. orang perempuan memang kena pandai masak.pelik juga kalo tak pandai masak,ni mesti tak pernah turun dapur.apepon semua orang harus tahu memasak.sebab dah jadi benda rutin kita perlu makan.

    promote blog cket
    http://www.ilhamputra.com/

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini