Saturday, August 8, 2009

Diingatkan Sekali Lagi Kepada Pengguna Maybank2u

Image Hosted by ImageShack.us


Selamat malam kepada semua, kalau anda baca sahaja pada tajuk post saya pada kali ni mesti anda sudah tahu akan apa yang saya tulis malam ni. Nanti dulu, jangan kemana-mana lagi.

Ia mungkin isu lama, perkara yang sudah berulangkali diingatkan, namun ia memang perlu sentiasa perlu diingatkan kerana mereka yang mendalangi jenayah internet ini tak kan pernah jemu dan berhenti untuk membuat rompakan secara maya ni. Mereka tidak akan berputus asa.



Justeru itu peringatan sepanjang masa adalah perlu. Saya baru sahaja menyemak peti inbox email saya dan saya terbaca satu tajuk email. Sila lihat lampiran dibawah.

Image Hosted by ImageShack.us


Saya pasti, inilah mereka itu, penjenayah internet, modus operandi masih sama, cara mereka ingin mendapatkan kata laluan juga masih sama. Ini kerana mereka menjangkakan kita sudah lupa apa yang berlaku dahulu.

Namun tidak bagi saya, saya tidak akan lupa, dan saya juga ingin ingatkan anda semua juga supaya begitu.

Berikut adalah kandungan email tersebut.

Image Hosted by ImageShack.us


Jadi, saya minta anda yang berada di luar sana dan terutamanya pengguna perbankan internet ini supaya berhati-hati, jangan bolehkan diri anda dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjwab sebegini.
Sila ingtkan rakan-rakan kita yang lain.

Sekian untuk malam ini.






No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini