Saturday, August 1, 2009

Kadar Diskaun Untuk Pengguna T n GO Jambatan Pulau Pinang Ditamatkan!!!!

Image Hosted by ImageShack.us


BUTTERWORTH 20 Julai - Penang Bridge Sdn. Bhd. (PPSB) diminta memberikan semula kemudahan diskaun 20 peratus kadar tol bagi pemegang kad Touch 'n Go di Jambatan Pulau Pinang yang dimansuhkan sejak April lalu.

Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri, H'ng Khoon Leng (gambar) berkata, alasan kerajaan negeri dan PPSB bahawa wujud kes salah guna penggunaan kad tersebut sangat tidak munasabah.

Beliau turut membidas sikap tidak peduli kerajaan negeri pimpinan DAP dalam isu itu walaupun mereka lantang menjanjikan tiada kenaikan kadar tol di laluan itu pada kempen pilihan raya umum lalu.

''Kemudahan diskaun ini sudah dinikmati oleh ratusan ribu pengguna sejak dua dekad lalu dan kenapa pula tiba-tiba ia dimansuhkan?

''Kalau ada masalah sila selesaikan, jangan rakyat pula yang dihukum. Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng bahawa kad ini disalah guna adalah alasan yang tidak munasabah,'' katanya.




Khoon Leng ditemui selepas penyerahan memorandum berhubung isu itu oleh Ketua Pemuda Gerakan negeri, Oh Tong Keong kepada Timbalan Pengurus Besar PPSB, Ir. Abd. Rahman Hassan di sini hari ini.

PPSB sebelum ini mengumumkan bahawa tidak lagi menawarkan kemudahan diskaun 20 peratus kadar tol bagi permohonan baru kad Touch 'n Go berkuat kuasa 1 April lalu.

Bagaimanapun, pemegang kad Touch 'n Go yang dikeluarkan sebelum tarikh itu boleh terus menikmati kemudahan diskaun tersebut.

Menurut Khoon Leng, kemudahan diskaun itu tidak wajar dimansuhkan kerana ia membantu meringankan beban pengguna baru terutamanya mereka yang menggunakan laluan itu setiap hari.

''Sebagai contoh, ada anak muda yang baru bekerja dan terpaksa berulang alik menggunakan jambatan, tidak wajar untuk kita nafikan haknya untuk menikmati kemudahan diskaun sama seperti orang lain,'' jelasnya.

Sementara itu, Abd. Rahman menjelaskan, PPSB tidak lagi menyediakan diskaun bagi pemegang kad baru Touch 'n Go memandangkan jumlah pemegang kad yang aktif hanya sekitar 47 peratus sahaja.

Beliau berkata, pada mulanya diskaun ini hanya untuk penduduk Pulau Pinang dan selepas jambatan dibuka sejak 1985, pihaknya mendapati hanya 47 peratus atau 117,000 pemegang kad Touch 'n Go yang aktif.

''Selebihnya hanya menggunakannya sekali sekala, jadi kita berpendapat adalah wajar kemudahan diskaun ini dihentikan manakala yang membeli kad sebelum 1 April boleh terus menikmati kemudahan itu,'' katanya.

Oleh : Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh : 21/07/2009

Dipetik dari laman web rasmi JKR.

Ape komen korang??????

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini