Wednesday, January 28, 2009

KUALITI PERKHIDMATAN KAUNTER POS MALAYSIA




Meskipun POS MALAYSIA membuanyai rangkaian perkhidmatan yang terbesar di MALAYSIA, adakah anda berpuas hati dengan tahap kualiti perkhidmatannya yang diberi di cawanagan kawasan setempat anda?.

Saya yakin mesti ramai yang diluar sana tidak berpuas hati. Jika kita sebagai pengguna berhak memberikan berapa BINTANG, berapa BINTANGkah anda sekalian sanggup berikan daripada 10 BINTANG?.

Bagi pendapaant peribadi saya, POS MALAYSIA hanya berhak mendapat 5 sahaja daripada 10 BINTANG. Mengapa saya berpendapat demikian?.

Sebenarnya saya amat selesa berurusan dengan POS MALAYSIA dalam urusan pembayaran bil dan urusan pos. Tetapi apa yang saya hendak berikan pandangan disini adalah tentang servis kaunter POS MALAYSIA yang mengambil masa yang terlalu lama dan tidak efisien

PERKHIDMATAN KAUNTER

Kelmarin, hari pertama bekerja bagi kpejabat pos seluruh malaysia selepas cuti panjang sempena raya cina. Maka ramailah pengguna yang keluar untuk berusan dengan hanpejabat POS, bayangkanlah hanya 2 kaunter dibuka sedangkang hampir 30 orang sedang beratur panjang. Melebihi 30minit waktu menunggu. Malahan pula, masih ada lagi pejabat-pejabat pos setempat masih lagi tidak disediakan dengan sistem nombor dan memaksa untuk pengguna beratur panjang hingga keluar pintu.

Pihak pejabat pos malaysia patut melihat perkara ini dengan serius dalam menaikkan kualiti perkhidmtan mereka. Tamabahan pula senario bergini kerap sangat berlaku terutama selepas musim perayaan dan cuti panjang.

Bagi sesetengah tempat yang mempunyai kepadatan penduduk pula. Saya pernah mencuba sekali di sebuah pejabat pos yang teletak di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi, cuma 2 kaunter yang dibuka. Boleh dikatakan pejabat pos ini memang selalu ramai pengguna meskipun bukan selepas cuti panjang.

Saya mengambil nombor, dan melihat pada kertas tersebut yang saya terpaksa menunggu hampir 24 orang lagi sebelum sampai giliran saya. Oleh kerana belum biasa lagi dengan pejabat pos berkenaan, saya pun tunggulah sebentar melihat berapa lama masa yang diambil untuk seorang pelanggan untuk berurusan. 4-7 minit setiap pelanggan, anda bayangkan 24 orang. Saya terpaksa menunggu hampir 2 jam. Jadi saya mengambil keputusan untuk keluar pergi ke bank yang berdekatan dahulu untuk mengeluarkan duit dan kemudian saya singgah di sebuah gerai makan untuk makan tengahari dahulu. Jika perut lapar tamabahan pulak dengan menuggu lama, tentu kemarahan lagi membuak-buak. Sebab itu saya pergi mengisi perut dahulu.

Selepas hampir satu jam saya beredar dan kembali semula, saya masih lagi perlu menunggu 7 orang lagi pelanggan. Lihatlah bertapa berkualitinya perkhidmatan kaunter mereka.

BORANG

Saya rasa borang seperti borang keluar masuk ASB dan borang rebat minyak hendaklah diletakkan di bahagian MEJA PENGGUNA MENULIS supaya pengguna mudah mencapainya. Seperti yang dibuat oleh pihak bank-bank. Apa yang saya lihat di kebanyakkan pejabat pos, pengguna terpaksa pergi meminta di kaunter perkhidmatan sendiri. Sedangkan ini akan menggaggu mereka yang sedang berurusan dengan kaunter berkenaan.

BAHAGIAN POS DAN STEM

Jika anda perasan, sesetengah pejabat pos tidak mempunyai pekerja yang menguruskan urusan POS dan STEM di kaunter tersebut. Pekerja yang sama yang sedang menguruskan kaunter pelbagai itulah yang menguruskan kaunter STEM dan POS. Anda tentu pernah melihat pelanggan yang terpaksa menunggu lama semata-mata hendak membeli stem dan membeli sampul surat pos laju. Manakan tidak, mereka terpaksa menunggu pekerja yang sedang berurusan di kaunter pelbagai itu selesai dahulu barulah dia akan dilayan, itupun jika dilayan.

KUALITI PEKERJA

Saya tiada banyak komen tentang pekerja-pekerja yang berurusan di kaunter pejabat pos. Mereka melakukan tugas dengan sempurna dan cekap sekali dengan pelanggan.

Secara kesimpulannya, Apa yang ingin disuarakan disini, POS MALAYSIA perlulah meningkatkan lagi pengurusan urusan kaunter mereka di seluruh MALAYSIA, dari segi kualiti pekerja itu saya rasa boleh dikatakan berpuas hati. Yang tinggal hanya pengurusan yang lebih teratur dan memendekkan waktu menunggu untuk pelanggan.

*jumpa lagi dengan komen dari pengguna tentang pekhidmatan POS oleh POS MALAYSIA.

4 comments:

  1. sye meletakkan ranking kaunter pejabat pos di ranking paling bawah sekali berbanding dgn kaunter lain..huhuu..

    saye pernah bkerja sbgai runner..dan sentiasa berurusan dngn pos malaysia..byangkan..sye beratur panjang smpi keluar..2 kaunter saje dibuka..lbih kurang 10 org lg turn saye..1 kaunter leh tutup..sebab time rehat...
    x ke bangang...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. biasalah tu bro...syarikat MELAYU...bile kate MELAYU...ada plak yang marah.Tapi itulah hakikatnya..huhuhu....

    ReplyDelete
  3. aku plk nk complain skt pasal penghantar surat pos laju yg menaiki van area kl ni..smbil hntar surat,sambil jual dadah jgk..dah la bwk van laju disebabkn diri dipengaruhi dadah..hrp pihak pos laju pantau tentang masalah ni..esok nama baik pos laju jgk trcemar dan smakin ramai lg ank2 muda yg rosak dgn dadah..

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini