Saturday, January 24, 2009

BNM KURANGKAN OPR/BLR 0.75%




Bank Negara Malaysia bakal mengurangkan kadar OPR 0.75% menjelang 1 Februari ini.
Kadar semasa adalah 3.5% dan akan berkurang kepada 2.75%. Ini adalah satu langkah bijak dari pihak kerajaan dan bank negara dalam merancakkan ekonomi dalam negara.

Tindakan ini dibuat adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat membuat pinjaman bank untuk urusan belian rumah dan kenderaan. Ini adalah kerana pakar-pakar ekonomi telah berpendapat rakyat malsysia kini masih lagi mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan untuk membuat pinjaman kewangan di syarikat perbankan. Mereka lebih gemar menyimpan TUNAI di tangan masing sebagai bekalan kecemasan di sepanjang tahun 2009 ini.

Jika ini berterusan, ia akan menyebabkan apa yang berlaku di USA dan BRITAIN boleh menimpa syarikat kewangan di MALAYSIA juga. Keadaan dimana syarikat-syarikat kewangan disana hampir muflis oleh kerana kekurangan dana yang mengalir dan tidak mampu meanggung kos pengoperasian syarikat dan juga gagal membuat perlaburan baru bagi membolehkan syarikat terus relevan dalam keadaan ekonomi semasa.

Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, resepi yang paling berkesan adalah dengan merancakkan pengaliran tunai di dalam negara. Melalui cara inilah sahaja bank negara dapat mengekalkan momentum ekonomi negara dan meminumkan impak kesan ekonomi dari kejaruhan mata wang DOLAR AMERIKA.

Justeru itu, saya menyarankan kepada rakyat negara ini agar usah khuatir jika hendak membuat pinjaman bank. Gunakanlah peluang dimana kadar faedah yang rendah sekarang ini untuk menambahkan perlaburan anda. Setiap daripada anda yang berada di luar sana masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk memacu ekonomi negara kita ini kembali aktif.

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini