Saturday, January 31, 2009

UNDIAN SMS



Sudah menjadi trend dan ikutan para penganjur rancangan realiti TV sekarang ini menggunakan SMS sebagai medium untuk peminat membuat undian. Tidak dinafikan cara ini memudahkan mereka menilai tahap populariti peserta yang menyertai pertandingan yang dianjurkan.

Tidakkah anda melihat undian SMS hanya memberi keuntungan yang amat banyak kepada pengusaha TELKO dan penganjur pertandingan?.

Bagaimana pula dengan kualiti bakat yang digilap melalui undian SMS tersebut?

Saya ingin mengambil satu daripada beberapa rancangan realiti yang popular di Malaysia kini iaitu NYANYIAN. Tidak terkecuali stesyen TV swasta mahupun kerajaan.

Seperti yang kita setiap pengundi memang berhak menghantar seberapa banyak SMS ataupun undian mereka untuk peserta kegemaran masing-masing. Semakin minat, semakin terpesona, semakin kacak, semakin merdu suaranya, maka semakin banyaklah individu tersebut menghantar undian.

Kekadang ada yang sanggup berhabisan puluhan ringgit semalaman untuk mengundi peserta kegemaran mereka untuk mengelakkan dari tersingkir pada minggu-minggu tertentu. Terpulanglah kepada tahap keberapa keFANATIKkan peminat tersebut.

Saya gambarkan situasi tersebut adalah sebegini:-

1)1 undian-MINAT
2)5 undian-MINAT SANGAT
3)10 undian-MINAT SESANGAR-SANGAT
4)15 undian dan keatas-FANATIK!!!


Apabila pertandingan tamat, peserta yang diundi akhirnya memenangi pertandingan seperti yang dikehendaki oleh pengundi. Namun apakah nasib beliau setelah memenangi pertandingan tersebut?

Beberapa bulan kemudian sebuah album sulong siam dirakamkan dan diedarkan oleh syarikat rakaman, iaitu sebahagian daripada hadiah pertandingan. Si polan yang mengundi tadi sudah tentulah akan membeli album yang telah dirakamkan oleh kerana mereka berminat dengan penyanyi berkenaan. Namun apakah si polan yang mengundi 5 undian, 10 undian dan lebih 15 undian akan membeli sebanyak 5,10 atau lebih album berkenaan?

Sudah tentu tidak bukan?.

Jika sebelum ini peserta berkenaan menang dengasn undian sebanyak 20,000 undian, tapi apabila penjualan album direkodkan, tidak sampai pun 10,000 jualan yang dihasilkan.

Jangan salahkan cetak rompak kerana jika seseorang peminat itu meminati seseorang penyanyi, mereka sudah pasti mendapatkan album yang original kerana mereka mendapat kepuasan mendengar dan sisipan-sisipan yang disertakan bersama didalam album berkenaan.

Mungkin ada antara anda yang membaca artikel ini berfikiran saya berpendapat secara cetek, tapi kalau hendak berenang di laut yang dalam, cubalah belajar di laut yang cetek dahulu.

Kesimpulannya,
Saya cadangkan pihak penganjur menghadkan setiap nombor talian hanya 1 undian sahaja bagi setiap peserta. Ataupun maksimum 3 undian sahaja bagi setiap nombor talian. Ini penting bagi mengimbangi emosi pengundi dan kualiti setiap undian kepada setiap peserta.

Kedua adalah dengan menggunakan konsep 50-50 iaitu 50% undian daripada SMS dan 50% adalah keputusan daripada juri profesional. Juri berhak menentukan atau mengadili kualiti nyanyian dan persembahan peserta dan pengundi SMS pula berhak menentukan bagaimana penerimaan peminat diluar sana, mungkin dari segi populariti kerana ia juga penting bagi seorang artis.

Sudah pasti cadangan ini akan mengurangkan keuntungan bagi pihak penganjur dan pembekal TELKO, namun ia amat bererti kepada industri hiburan tanah air kita dan kepada peserta pertandingan iti sendiri. Agar mereka tidak terus tertipu dengan popilariti yang mengaburi bakat dan kualiti persembahan mereka.

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini