Saturday, January 24, 2009

INTEL PULAU PINANG BUANG PEKERJA




Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini telah mendedahkan satu lagi kesan yang bakal diterima oleh pekerja-pekerja sektor perkilangan terutamanya elektronik di Malaysia.

Syarikat terkemuka antarabangsa, Intel telah memutuskan untuk menutup 2 PLANTnya di Pulau Pinang dan 1 di Filipina. Ini adalah salah satu plan pengurangan kos dan penstrukturan semula bahagian pembuatannya akibat daripada krisis ekonomi yang menyebabkan pengurangan permintaan terhadap produk mereka. Tambahan pula saingan hebat mereka iaitu AMD yang kini memberikan lebih tekanan kepada Intel untuk terus bersaing secara kompetitif.

Untuk pengetahuan pembaca, Intel tidak sama sekali akan membuang keseluruhan pekerjanya yang sedang berkhidmat di PLANT yang akan dibubarkan tersebut. Malahan mungkin sesetengah daripada mereka akan diberikan peluang pekerjaan lain di PLANT yang masih beroperasi.

Mengikut pendapat saya, mungkin pekerja-pekerja Intel Penang yang mungkin akan terkena tempias ini akan diberi peluang pekerjaan di Intel Kulim. Khabarnya disana PLANT lebih besar dan kos operasi kilang di sana jauh lebih murah berbanding Pulau Pinang.

Proses ini mungkin memakan masa sepanjang tahun 2009 ini.

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini