Thursday, July 23, 2009

Pencen Bagi Sektor Swasta?

Image Hosted by ImageShack.us


Menurut dari petikan akhbar UTUSAN hari ini,Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah mengusulkan untuk mewujudkan dana pencen rasmi bagi mereka yang bekerja sendiri ataupun yang bekerja di sektor swasta. Ini adalah salah satu lagi pilihan selain KWSP kepada mereka yang bekerja sendiri atau sektor swasta untuk membuat penyimpanan untuk hari tua nanti.

Dengan wujudnya dana pencen swasta ini, maka mereka ini akan merasakan diri mereka lebih selamat dan dilindungi. Namun, caruman untuk pencen swasta ni adalah bersifat sukarela iaitu atas mengikut kemahuan invdividu itu sendiri.

Dana ini akan diwujudkan secepat-cepatnya awal pertengahan tahun depan terutamanya untuk mereka yang tidak dilindungi oleh dana pencen rasmi, agar mampu menikmati kehidupan lebih baik ketika bersara.



Kita masih lagi perlu menunggu untuk maklumat seterusnya dari pihak kerajaan berkenaan dana ini secara jelas dan terperinci. Terutamanya bagaimana ia akan dicarum dan siapakah yang akan menjadi syarikat pengurus kepada dana ini. Pengurus dana ini perlulah dari syarikat yang telah berpengalaman menguruskan dana yang berjutaan dan berbillion ringgit. Sebagai contoh PNB ataupun KWSP. Ini penting agar rakyat percaya dan yakin terhadap pemegang pencem mereka.

Segalanya masih lagi samar disini, adakah pihak kerajaan akan mewajibkan pemegang dana tersebut mengikut langkah sebagaimana pekerja kerajaan hari ini menerima pencen?

Ataupun sistemnya adalah seperti KWSP?...

Kita tunggu dan lihat......Saya akan sentiasa kemaskini pernyataan ataupun maklumat terkini di sini.


No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini