GABAN OPENING 9.15AM GUEST
GABAN INTRO 9.20AM GUEST
KERTAS-KEKASIH YANG TAK DIANGGAP 9.40AM NEWZ
IN THE END-LINKINPARK 9.40AM NEWZ
BERHENTI BERHARAP-SHEILA ON 7 9.40AM NEWZ
UNTUKMU PENYOKONG KEDAH-PEMAIN KEDAH 9.56AM DJ
Thursday, April 30, 2009
Sunday, April 26, 2009
PERMINTAAN LAGU
BERIKUT ADALAH PILIHAN LAGU PENDENGAR RADIO TS HARI INI 26/4/2009.
REZ
The Police - Every Breath You Take
REZ
The Police - Every Breath You Take
Tuesday, March 17, 2009
Laki Muda Kawin Wanita Tua
Setelah sekian lama perkara ini aku fikirkan dan kenangkan, akhirnya kini ku sudah ketahui mengapa hal ini berlaku.
Wanita sendiri ada jawapan kepada trend/gaya hidup
yang semakin popular ini di Malaysia kini.
Mengapa wanita lebih terpikat kepada lelaki yang lebih berumur?
Stabil kewangan dan mental.
Kahwin bukan kerana nafsu.
Matang permikiran.
Keadaan ini sama sahaja yang berlaku pada kaum lelaki sekarang. Kebanyakkan lelaki yang sudah stabil dari segi kewangan dan mental pada usia muda iaitu sekitar 23-30 tahun tergolong dalam gaya hidup sebegini.
Oleh kerana sudah mempunyai kerjaya dan hala tuju hidup, mereka memerlukan wanita yang berfikiran matang dan benar-benar bersedia untuk menjadi teman hidup mereka.
Sedangkan jika mereka memilih wanita yang sama umur, mereka berdepan dengan masalah wanita tersebut belum sedia dari segi mental dan fizikal.
Wanita pada umur 23 tahun kebanyakkanya baru sahaja tamat pengajian dan mereka sedang menuju cita-cita mereka untuk membina kerjaya. Sehinggalah umur mereka mencecah 30 tahun, barulah tempoh hala tuju hidup wanita menjadi kembali tenang seketika.
Benar?....Anda kenang kembali...
Wanita sendiri ada jawapan kepada trend/gaya hidup
yang semakin popular ini di Malaysia kini.
Mengapa wanita lebih terpikat kepada lelaki yang lebih berumur?
Stabil kewangan dan mental.
Kahwin bukan kerana nafsu.
Matang permikiran.
Keadaan ini sama sahaja yang berlaku pada kaum lelaki sekarang. Kebanyakkan lelaki yang sudah stabil dari segi kewangan dan mental pada usia muda iaitu sekitar 23-30 tahun tergolong dalam gaya hidup sebegini.
Oleh kerana sudah mempunyai kerjaya dan hala tuju hidup, mereka memerlukan wanita yang berfikiran matang dan benar-benar bersedia untuk menjadi teman hidup mereka.
Sedangkan jika mereka memilih wanita yang sama umur, mereka berdepan dengan masalah wanita tersebut belum sedia dari segi mental dan fizikal.
Wanita pada umur 23 tahun kebanyakkanya baru sahaja tamat pengajian dan mereka sedang menuju cita-cita mereka untuk membina kerjaya. Sehinggalah umur mereka mencecah 30 tahun, barulah tempoh hala tuju hidup wanita menjadi kembali tenang seketika.
Benar?....Anda kenang kembali...
Saturday, February 14, 2009
REVIEW VISI JUTAWAN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua.
Malam Ini saya nak memperkenalkan sedikit tentang sebuah ebook yang saya dapat secara percuma baru-baru ini. Pertamanya terima kasih kepada saudara RAZIF yang sudi berkongsi ilmu yang tak ternilai harganya ini dengan umum.
Alhamdulillah, baru semalam saja saya habis membaca segala tips-tips, nasihat dan panduan yang telah diberikan. Banyak yang dapat dipelajari sebenarnya melalui ebook ini.
Ebook ini membongkar minda seorang mesin penjana wang. Ia mengupas bagaimana kita mampu menjana pendapatan, bagaimana mengurus kewangan dan tidak lupa juga dari perspektif dalam Islam dalam mengejar harta kekayaan dalam duniawi ini.
Di samping itu, ebook ini juga menceritakan beberapa kisah benar kehidupan unik individu dimuka bumi ini dalam perjalanan hidup mereka dalam misi dan visi mereka untuk memperoleh kejayaan. Daripada cerita-cerita tersebut kita boleh jadikan ia sebagai contoh dan panduan untuk memperoleh kejayaan.
Apa yang paling menarik semasa saya baca ebook ini, ada sebuah tips yang saya rasa
amat berguna sekali kepada saya. Dimana seorang bapa seorang usahawan berjaya menasihati anaknya yang juga ingin menceburi bidang perniagaan. Beliau menasihati supaya anaknya kalau hendak jatuh muflis, jatuhlah semasa umur 30an, oleh itu anda masih ada lagi masa untuk memperbaikinya.
Sungguh bermakna sekali nasihat ini kepada saya. Apa yang saya faham melalui maksud tersirat dari nasihatnya itu adalah dia mahu anaknya menjumpai kesusahan dahulu sebelum mengecapi kejayaan. Beliau juga mahu visi anaknya itu untuk berjaya mestilah tidak perlu takut untuk tersungkur ditengah jalan. VISINYA ADALAH TERSUNGKUR DAHULU,ITULAH VISI JUTAWAN.
Jika anda inginkan banyak lagi kisah-kisah disebalik JUTAWAN dan bagaimana permikiran seorang JUTAWAN. Segeralah muat turun secara
PERCUMA di mana-mana BANNER
VISI JUTAWAN dalam blog saya ini.
Anda akan dibawa terus ke web untuk memuat turun secara percuma EBOOK VISI JUTAWAN ini.
Friday, February 6, 2009
KESAN "INVISIBLE STATUS" DALAM YAHOO MESSENGER
Pada petang jumaat ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana kita boleh kesan sahabat kita atau musuh kita atau aweks kita jika diorang cuba mengelakkan diri daripada kita dalam YM dengan status "invisible".
Mudah dan Berkesan, anda boleh layari web ini DETECT INVISIBLE
Masukkan ID individu yang anda curigai itu.

Pastu lihatlah keputusannya. Sangat Berguna.
Nanti kita kongsikan pula nak mengelakkan orang dapat kesan kita kalau kita "invisible"
Selamat mencuba.
Thursday, February 5, 2009
Cube Desktop Pro 1.3.1(CRACK)

Minimum spec :
Microsoft WindowsR XP? or WindowsR Vista?
1.4 Ghz processor
512 MB of RAM (1 GB recommended)
DirectX 9.0c
3D accelerated video adapter with at least 64MB of video memory
Apa yang terbaru?
New effect 3D Desktop Roll
Stability enhacenments
New wallpaper and icon manager
Support for panoramic 360є Compiz/Beryl SkyDomes
Button and axis invertion
Support for the Windows key in hotkeys
Automatically snap to the selected cube face
Minor features and bug corrections
Tunggu apa lagi marilah muat turun perisian ini disini, serikan lagi pernampilan desktop anda dengan animasi 3D. Saya sendiri gunakan perisian ini. Menarik.
MUAT TURUN DISINI-FILEFACTORY
ATAU
DISINI-EASYSHARE
ATAU
DISINI-RAPIDSHARE
khas untuk korang-CRACK
Tuesday, February 3, 2009
WANITA TIDAK PANDAI MASAK DI MALAYSIA

Women "can't cook to save their lives", celebrity chef Gordon Ramsay has said
Satu kenyataan yang agak keras. Mungkin ada yang akan berpendapat kenyataan ini amat keras dan keterlaluan.
Benarkah kenyataan ini?. Di UK kajian merumuskan bahawa sebanyak 75% wanita disana tidak tahu asas memasak.
Bagaimana dengan remaja perempuan dan wanita di Negara kita pula?. Saya rasa di Malaysia tidakkah mencapai sampai ketahap sedemikian. Mungkin hanya 30% yang sedemikian.
Faktor-Faktor Yang Mungkin Perkara ini berlaku.
1)Kurang didikan dan dorongan dari peringkat kanak-kanak
Minat dan kesedaran kurang dari peringkat kanak-kanak akibat daripada kurang pendedahan dan penerangan dari ibu bapa dalam soal agama dan kehidupan sosial berhubung kemahiran ini.
2)Kurang kesedaran kepentingan ada kemahiran memasak
Kebanyakkan wanita dan remaja wanita masa kini banyak terpengaruh dengan mentality bahawa kemahiran ini sudah tidak relevan dengan kehidupan masa kini yang semakin maju. Wanita yang memasak di dapur ini agak ketinggalan pada pandangan sesetengah pihak. Ini salah sama sekali!!.
3)Tiada masa
Wanita dan remaja masa kini yang bekerja terutamanya tidak boleh menjadikan sibuk di tempat kerja dan disekolah sebagai alasan kerana tidak dapat mengusai kemahiran wajib ini. Alasan seperti pulang lewat dari tempat kerja dan sekolah dan sibuk sudah lali didengar sebagai alasan mereka mengabaikan kemahiran ini.
Kepentingan Kemahiran Memasak.
1)Dapat menolong ibu di dapur dan meringankan beban ibu didapur secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam keluarga.
2)Isteri yang ada kemahiran memasak sudah mesti akan semakin disayangi oleh suami dan juga keluarganya. Walaupun masakan tidaklah sampai setaraf masakan hotel. Namun masakan hasil dari air tangan seorang ibu dan seorang isteri itu amatlah bermakna di dalam sesebuah keluarga. Kalau tidak, masakan seseorang wanita itu dapat menandingi keenakan masakan ibunya. Air tangan berlainan rasa berlainan
3)Mengeratkan hubungan kekeluargaan. Disisi Islam juga telah dinyatakan bahawa baik buruk sesebuah keluarga itu bermula dari dapur. Buruk dapur, maka buruklah keluarga itu. Kita ambil satu situasi contoh disini.
Bayangkan si isteri/ibu tidak pandai masak, anak-anak dan suami terpaksa makan diluar setiap hari, tidakkah ia membazir dari sudut ekonomi?.
Satu sudut lagi pula apabila si isteri/ibu tidak masak dirumah, masing-masing sudah tentu makan diluar, dimana hubungan kekeluarga itu akan dipupuk?. Jika ada masakan dirumah sudah tentu mereka akan makan bersama dirumah secara langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
4)Dapat memelihara adat resam dan budaya kita
Bagaimana Mengatasi?.
1)Dorongan
Ibu Bapa-Iba bapak perlulah memberikan pendedahan awal di seusia 8 atau 9 tahun lagi tentang perkara ini. Mereka perlulah mendidik dengan cara menolong perkara kecil-kecil seperti mengupas bawang, potong sayur atau sebagaianya sebagai pendedahan awal untuk membiasakan diri suasana di dapur.
Janganlah melarang anak-anak anda untuk menolong anda didapur jika mereka berminat, sebaliknya bagilah kepada mereka untuk membuat kerja-kerja mudah dan tidak merbahaya walaupun tidak banyak sekalipun.
Kebanyakkan ibu bapa beranggapan apabila anak-anak mereka muncul didapur semasa mereka memasak, sebagai pengacau dan melambatkan kerja. Dengan tanggapan begini akan membuatkan minat mereka segera terbantut.
Berikan nasihat dan penerangan ringkas akan kepentingan kemahiran memasak dalam sesebuah institusi keluarga dan dalam kehidupan harian.
Suami-Perkara terpenting sekali peranan seorang suami kepada isterinya yang tidak pandai memasak adalah jagan membandingkan isterinya dengan orang lain. Contohnya seperti ibunya. Ini akan membuatkan si isteri akan mudah terasa dan hilang semangat untuk mempelajari kemahiran tersebut. Sebaliknya suami boleh memberikan cadangan dengan pendekatan yang lebih lembut seperti memujuknya ke kelas memasak dihujung minggu dan menerangkan tentang kepentingan mengusai ilmu ini dalam rumah tangga. Ini adalah penting kerana tugas seorang suami adalah membimbing si isteri jika terdapat kekurangan.
Berikan kata-kata semangat setiap hari agar si isteri tidak berputus asa. Jangan mengutuk masakan isteri anda jika tidak sedap atau menjadi sebaliknya tegurlah dengan lembut dan berlapik.
2)Kelas Memasak.
Bagi yang sudah bekerjaya dan beralasan sibuk hinggakan tiada masa untuk mempelajari kemahiran memasak. Luangkanlah masa dihujung minggu dengan menghadiri kelas memasak yang sekarang ini banyak ditawarkan. Apalah sangat 2 jam kelas memasak dihujung minggu. Disamping itu dengan memasak juga ramai individu berpendapat mereka memperoleh ketenangan dari kesibukan dipejabat.
3)Kempen kesedaran-
Badan-badan NGO boleh menggiatkan kempen agar kepentingan kemahiran memasak ini terus dipupuk dalam diri setiap remaja perempuan di Negara kita. Dengan menyelitkan/menyerapkan kemahiran ini sedikit demi sedikit dalam kempen-kempen motivasi dan dalam kem-kem bina diri, ia juga dapat menjadi sebahagian daripada kempen kesedaran.
Melalui media elektronik seperti televisyen dan radio juga adalah satu medium yang amat berkesan agar kempen kesedaran ini sampai kepada remaja-remaja yang berada diluar sana.
Kesimpulannya
Kemahiran memasak itu penting dalam diri setiap individu, semestinya kepada wanita terutamanya. Satu bonus jika si suami juga pandai memasak.
KRISIS EKONOMI=KEHIDUPAN SOSIAL

Sepanjang tahun 2009 akan menjadi tahun yang amat sukar bagi sesetengah kita dalam pengurusan ekonomi harian. Paling ramai yang terkena tempias kepada keadaan ini adalah mereka yang bekerja di sektor swasta. Contohnya mereka yang bekerja di sektor elektronik dan pembuatan.
Bulan Januari 2009 sahaja kita sedia maklum hampir 10 ribu pekerja telah diberhentikan. Dijangkakan pula sebanyak 200 ribu lagi yang bakal menerima nasib yang sama.
Kehilangan mata pencarian bagi seseorang individu itu sudah pasti bakal menimbulkan pelbagai masalah kepada individu tersebut. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan seperti pinjaman rumah, kereta dan sebagainya sudah tentu pening memikirkan nasib mereka di hari mendatang.
Apatah lagi yang mempunyaI keluarga untuk menangung makan minum anak bini, sekolah anak-anak, keperluan dapur dan juga keperluan harian. Keadaan makin memeritkan apabila harga barang-barang keperluan harian di pasaran seperti gula pula meningkat.
Keadaan yang berlaku ini langsung tidak membantu rakyat kita untuk bangkit semula, malah mengusutkan lagi keadaan. Tekanan demi tekanan ditimpa, dalam minda mereka akan berlegar-legar bagaimana cara mudah dan cepat untuk memperolehi sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan harian yang kian parah hari demi hari.
Terdesak, terburu-buru dan tertekan, segala peluang yang terjah dihadapan mata akan disambar, asalkan duit. Maka terlibatlah dengan peminjaman ALONG, skim CEPAT KAYA dan sebagainya.
Keadaan akan bertambah parah apabila hutang ALONG bunganya semakin meningkat dan kemudian diburu pula, duit penyertaan skim CEPAT KAYA hangus apabila dilarikan. Kesannya maka terjadilah kes bunuh diri, penderaan kanak-kanak dan wanita dan ada yang sampai menjadi kurang siuman.
Itu belum lagi dengan mereka yang terdesak untuk meragut, merompak, perjualan dadah, judi dan sebagainya. Secara tidak langsung ia bakal menyumbang kepada kenaikan kadar jenayah di negara kita. Kihidupan sosial akan bertambah buruk.
Apa yang saya nampak daripada situasi diatas. Manusia seolah-olah menjadi hamba kepada duit. Apabila tiada duit di depan mata, maka meronta-rontalah dia kehausan.
Dari sudut lain pula. Bagi yang beragama Islam, banyakkanlah berdoa, bertawakkal dan jangan lupa berusaha. I'Allah, Allah SWT akan buka jalan untuk kita walau bagaimana susah pun keadaan kita.
Anggaplah ini ujian kepada kita, jika kita rasa yang kita susah, ingatlah bahawa masih ada lagi ramai daripada kita lagi susah. Syukurlah kita jika hanya makan nasik berlaukkan kicap dan telur kerana masih ada diluar sana hanya makan sekeping roti sahaja untuk sepanjang hari.
Semoga tahun 2009 yang sukar ni memberikan peluang kepada kita untuk bermuhasabah diri kita. Ada hikmahnya berlaku sebegini, ia dapat elakkan daripada kita terus hanyut dalam kemewahan yang kita ada sekarang ini.
Kesimpulannya,
Rancanglah ekonomi anda dengan bijak. Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Banyakkan dekat diri dengan ALLAH SWT agar memperoleh ketenangan. Ketenangan minda akan membolehkan kita berfikir secara tenang dan bijak walau dalam apa jua situasi sekalipun.
POWER DVD ULTRA DELUXE v7.3(CRACK)
FULL Real Player Gold Premium v11.0.9.372(CRACK)
Subscribe to:
Posts (Atom)

